Wan Saiful minta ‘rakan-rakan Umno’ selesaikan isu Zahid


Umno harus menyelesaikan krisis dalaman parti itu sebelum menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional, kata Wan Saiful Wan Jan.

Bercakap pada sesi wawancara yang disiarkan secara langsung di Facebook semalam, ketua penerangan Bersatu itu memberi bayangan bahawa masalah itu ditimbulkan presiden Umno sendiri – Ahmad Zahid Hamidi.

Wan Saiful berkata Zahid menerusi sepucuk surat memberikan sokongan kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri ketika Umno masih merupakan sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Betapa surat ni dihantar 11 Oktober 2020 oleh Presiden Umno kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.



“Tajuk dia pun kita dah saspen, ni nak sama-sama dalam kerajaan,

“Keputusan presiden bahawa ahli-ahli Dewan Rakyat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) memberi sokongan dan kepercayaan tak berbelah bahagi dan setia kepada Yang Berhormat Anwar ibrahim, Ahli parlimen Port Dickson untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan,” katanya membaca tajuk surat berkenaan.

“Setia kepada ketua pembangkang, sebagai presiden parti yang duduk dalam kerajaan dan mewakili semua ahli parlimen

“Saya rasa tak ada laporan polis difailkan mengenai surat ini. Tak ada penarikan rasmi daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri.



“Dan kalau tak diselesaikan isu dalaman Umno, simptomnya yang keluar macam inilah, tiba-tiba sokong pembangkang

“Macam mana kita nak buat kalau macam ni?

“Saya tak nak campur urusan dalaman Umno, tapi saya mohon sangat rakan-rakan dalam Umno selesaikanlah isu ini supaya kita tak perlu menghadapi cabaran sebegini dan boleh terus fokus berkhidmat pada rakyat, bagi memastikan kebajikan rakyat dijaga, dan memastikan keadaan ekonomi akhirnya beri manfaat kepada rakyat,” katanya.

Wan Saiful berkata demikian ketika ditanya oleh moderator Zaharin Mohd Yasin yang juga merupakan aktivis veteran Umno mengenai pertembungan antara Umno dan Bersatu.



Jurucakap pejabat Zahid sebelum ini menafikan kewujudan surat berkenaan dan mengatakannya sebagai palsu.

Namun, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa mengesahkan Zahid memberi sokongan bertulis kepada Anwar.

Annuar juga mendakwa Zahid menulis surat itu tanpa pengetahuan Ahli Parlimen Umno yang lain. Mk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker