Menteri UMNO perlu sertai PPBM – Zaid


SEMUA menteri dan timbalan menteri dari UMNO yang memilih untuk kekal dalam Kabinet perlu menyertai Bersatu.

Ini bagi membolehkan mereka memberi sokongan yang berterusan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Menteri-menteri UMNO sepatutnya menyertai Bersatu dan meneruskan sokongan kepada Perdana Menteri, itu lebih sesuai,” kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim di Twitter.

Kedudukan menteri-menteri UMNO dalam kerajaan menjadi tanda tanya apabila perhimpunan agung parti itu baru-baru memutuskan untuk tidak bekerja sama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



Malah UMNI turut memberi kata dua kepada Bersatu bahawa mereka akan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika PRU15 tidak diadakan pada Ogos atau selepas perintah darurat ditarik balik,

Bagaimana pun menteri-menteri UMNO terbabit setakat ini memilih untuk kekal dalam kerajaan atas nasihat Perdana Menteri. SM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker