Sambil ronda cabul wanita, buruh dipenjara setahun
Buruh mengaku cabul wanita dipenjara setahun
KOTA BHARU – Perbuatan tidak senonoh seorang buruh kedai besi yang mencabul kehormatan seorang wanita di tepi jalan pada Khamis minggu lalu terbalas apabila dia dijatuhi hukuman selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Amran Abdullah,52, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan dengan menggunakan kekerasan jenayah kepada seorang wanita berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Kesalahan itu dilakukan olehnya di tepi Jalan Hamzah, Lorong Limau Manis kira-kira pukul 9.40 pagi pada 25 Mac lalu.
Tangkap layar rakaman CCTV yang memaparkan perbuatan tertuduh sehingga tular di media sosial baru-baru ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala tertuduh diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd. Halim.
Berdasarkan fakta kes, Amran menunggang motosikal di lokasi kejadian dan apabila tiba dari arah belakang wanita itu, dia bertanya sama ada mahu berkahwin dengannya atau tidak.
Bagaimanapun, wanita itu menolak pelawaan tertuduh sebelum dia beredar selepas sebuah kereta kebetulan lalu di kawasan itu.
Selepas itu, Amran datang menyekat wanita berkenaan dan menyentuh punggung mangsa sebelum terus beredar.
Terdahulu, Siti Edabayu meminta agar mahkamah menetapkan hukuman yang setimpal kerana tertuduh mempunyai empat rekod lampau bersabit kes yang sama sebelum ini. K Online
https://fb.watch/4zQy65c1hN/
You must be logged in to post a comment.