Bersatu-PAS tegaskan setia bekerjasama, tolak ‘penjajaran baru’ lepas PRU



Sebaran :

Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15, menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu hari ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS dan Bersatu, Takiyuddin Hassan dan Hamzah Zainudin.

“Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.



“Bersatu dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut.

“Sekaligus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan itu hadir selepas Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman meminta PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama Umno atau Bersatu pada PRU ke-15 nanti.



Hamzah dan Takiyuddin dalam kenyataan mereka turut menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputra terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu.

Pada 29 Mac lalu, Tajuddin berkata sudah tiba masanya PAS menyatakan pendirian sama ada untuk bersama dengan Umno ataupun Bersatu pada PRU akan datang.

Ini kerana menurutnya Umno telah menyatakan pendirian untuk bersama PAS dalam PRU nanti dan akan bersendirian sekiranya PAS memilih untuk bersama Bersatu.



 


Sebaran :


Leave a Reply