UMNO Tolak PPBM: DAP & PKR Yang Untung? – Puad Zarkashi
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan dakwa, perpecahan PN akan untungkan DAP dan PKR apabila undi Melayu berpecah.
Bukankah di PRU ke 14, PPBM menubuhkan PH bersama dengan DAP dan PKR untuk tumbangkan UMNO.
Masa itu tidak fikir ke siapa untung, siapa rugi?
Bahkan apa PPBM buat apabila aset Tabung Haji, FELDA dan Khazanah yang banyak dijual.
Hingga ke hari ini Kerajaan PN tidak berani tubuh RCI Tabung Haji. Kenapa?
Duduk dalam PN ikut telunjuk PN buat apa.
PPBM Jangan hipokrit bercakap isu penyatuan ummah jika isu “Kalimah Allah” pun tidak dapat diuruskan.
PPBM patut rasa malu untuk bercakap soal penyatuan ummah kerana dalam tempoh singkat PPBM sudah melahirkan dua parti serpihan iaitu PEJUANG dan MUDA.
Apakah penyatuan ummah hanya terlaksana jika PPBM jadi Boss Penyatuan Ummah dalam PN? PPBM sudah diberi peluang. Dengan tujuh MP, PPBM adalah boss dalam PN.
Tetapi apabila PPBM mengujudkan “kluster katak” dalam PPBM untuk membanyakkan jumlah ahli parlimennya melalui tawar menawar, pujukan, ugutan dan jawatan adakah itu baik untuk penyatuan ummah.
Taktik mengajak MP “lompat” parti sehingga parti lain berpecah adalah tikam belakang yang tidak jujur untuk penyatuan ummah.
Kalau PPBM nak bertanding 222 kerusi, bertandinglah. UMNO tidak setamak itu. UMNO hanya menuntut 16 kerusi lompat.
Justeru, PPBM patut malu kerana mengutip ahli parlimen “rentas parti”. Tidak bermaruah.
FB: Dr Puad Zarkashi
You must be logged in to post a comment.