Uban. Trend atau realiti?


Sepertimana kedutan, uban juga merupakan salah satu tanda-tanda penuaan. Tidak ada yang salah mengenainya, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada proses kehidupan yang semua orang akan lalui, sama ada suka atau tidak.

Realitinya wanita cukup gusar andai rambut mula bertukar warna, namun bagi lelaki, mungkin sebaliknya. Trend mewarnakan rambut dengan rona grey beberapa tahun lalu dianggap cukup in atau hot. Lelaki yang muncul dengan warna rambut ini dianggap macho dan maskulin.

Sayangnya trend ini nampaknya tidak bertahan lama kerana ia mungkin sesuai bagi sesetengah orang sahaja, namun tidak bagi yang lain. Sama ada ia trend atau tidak, uban tetap akan tumbuh. Namun usah gusar kerana anda tidak keseorangan.

Menurut Madelenine Preston, psikologist, beliau menjelaskan bagaimana rambut bertukar warna secara sains, apa yang mencetuskan uban hinggalah bagaimana uban boleh ditangguhkan.

Berikut apa yang perlu anda tahu mengenai uban.

1. Bila wanita mula mendapat uban?

Kebanyakan wanita yang berusia lingkungan 30-an akan mula beruban dan pada ketika wanita berusia 50-an, majoritinya mempunyai 50 peratus uban di rambut mereka.

2. Mengapa rambut beruban?

Rambut akan bertukar warna apabila sel pigmentasi yang bertanggungjawab mengeluarkan warna yang disebut sebagai melanin berhenti mengeluarkan melanin. Akibatnya sel pigmen hanya mengeluarkan warna putih.

3. Adakah mustahil untuk memperlahankan proses ini?

Faktor nutrisi dan hormon mampu memberi kesan ke atas warna rambut. Begitu juga stress yang juga antara penyebab mengapa uban muncul di awal usia. Faktor genetik turut mempengaruhi kemunculan uban. Jika ibu bapa anda mendapat uban di usia muda, maka tidak mustahil anda juga berkemungkinan besar akan mendapat uban di usia yang sama.

4. Adakah uban biasa bagi sesetengah orang?

Uban adalah genetik yang diwarisi. Mat salleh misalnya sering mendapat uban di usia muda, namun ada sesetengah masalah kesihatan seperti kencing manis, tiriod dan pernicious anemia juga menjadi sebab munculnya uban di usia muda.

5. Bolehkah kita atasi rambut beruban?

Supplement seperti multivitamin yang mengandungi omega 3 yang mampu melindungi rambut dari kekeringan boleh diambil agar rambut kekal sihat selain mengurangkan kegatalan dan kelumumur. Pengambil supplement tambahan yang mengandungi copper juga sangat baik untuk mengelak rambut beruban kerana ia berupaya merangsang pengeluaran melanin. Utv

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker