PAU 2020: Sanggah keputusan parti, Ahmad Zahid selar pemimpin UMNO
KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada perwakilan untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin yang menyanggah keputusan parti.
Beliau berkata, tindakan itu jelas tidak selari dengan dasar dan ketetapan yang dibuat parti.
“Kalau ada dalam kalangan di atas pentas ini atau di luar menyanggah keputusan tertinggi (parti).
“Jika mereka menyanggah (keputusan) parti, saya serah kepada perwakilan (yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO) untuk ambil tindakan kepada mereka,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, pada Ahad.
You must be logged in to post a comment.