Ibrahim saran Azam jadi ‘anak jantan’ dengan bercuti sementara

Ibrahim saran Azam jadi ‘anak jantan’ dengan bercuti sementara

Selepas yakin bahawa Azam Baki bersih daripada sebarang salah laku dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, kata Ibrahim Ali, sepatutnya lebih mudahlah ketua tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercuti sementara.

Menurut Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) itu lagi, Azam perlu bercuti seketika bagi memudahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang ditimbulkan.



“Apa yang susah sangat dan dikhuatirkan kalau semua clear dan bersih. Jadilah anak jantan ketua pesuruhjaya SPRM yang terbilang. Jangan jadi macam orang politik,” katanya dalam kenyataan dibuat petang ini.

Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas penjelasan diberi Azam mengenai dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan kepadanya baru-baru ini.

Walaupun dakwaan tersebut sudah ditimbulkan sejak beberapa bulan lalu, hanya baru hari ini Azam tampil memberikan reaksi. Menurut Azam dia tidak bertanggungjawab memberikan pencerahan kepada umum sebaliknya hanya perlu memberikan taklimat untuk Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM.

Dalam keterangannya hari ini Azam memberitahu saham yang dipersoalkan itu dibeli adiknya menggunakan namanya.



Kata Ibrahim Azam perlu menunjukkan teladan yang baik dan itulah satu-satunya cara untuk dia memulihkan kepercayaan awam terhadap SPRM.

Pada masa sama bekas timbalan menteri itu berkata penjelasan lebih awal dibuat Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang tidak menyelesaikan masalah atau menjawab tanda tanya orang ramai.

Ibrahim juga secara sinis mendakwa dia terbahak-bahak ketawa dan pada masa sama perutnya memulas apabila membaca laporan mengenai penjelasan diberikan Abu Zahar.

“Alasanya kerana ketua pesuruhjaya SPRM sudah bagi penjelasan bahawa adiknya meminjam akaun bagi tujuan membeli saham. Saham pun sudah dipindah kepada adiknya.



“Hebat betul seorang abang yang begitu baik dan terpuji membantu kehendak adiknya.

“Banyak pihak mahu tahu, beli saham itu duit dari mana? Tak selesai masalah dengan penjelasan Abu Zahar Ujang hari ini.

“Janganlah jadi ‘pengurusi punahsihat’ pula,” katanya.

Menurut Ibrahim isu yang sedang diperkatakan ramai ini menjadi ujian kepada kerajaan untuk membuktikan mereka benar-benar bertanggungjawab. Mk



Ibrahim saran Azam jadi ‘anak jantan’ dengan bercuti sementara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)



LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker