Siapa yang janji nak laksana Undi18 tahun ini, soal Azmin


Azmin hari ini mempertahankan penangguhan pelaksanaan dasar Undi18, sambil menyatakan bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada 2023.

“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020 atau 2021?” soal Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dalam sidang media, merujuk kepada pendaftaran automatik individu berusia 18 tahun sebagai pengundi.

Azmin berkata, ada banyak langkah lain yang perlu diambil sebelum undang-undang baharu itu dapat dilaksanakan.

Beliau mengulas kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkata, pendaftaran automatik hanya dapat dilaksanakan selepas September tahun depan.

Kata SPR, sekatan pergerakan menghalang perancangan dan persiapannya.

Azmin berkata, pindaan juga perlu dilakukan di peringkat negeri untuk membolehkan belia berusia 18 tahun bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negeri.

“SPR telah menjelaskan dan kebetulan ada perintah kawalan pergerakan (PKP), mungkin terganggu proses itu,” kata beliau.

Beliau menggesa orang ramai untuk tidak membuat andaian atau memainkan sentimen, sambil menambah, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong hak belia untuk mengundi.

Hari ini, seorang lagi menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin, mengkritik SPR kerana menangguhkan pelaksanaan Undi18.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu berkata, alasan bahawa PKP menjejaskan perancangan dan persiapan SPR adalah tidak munasabah memandangkan ia sudah dilaksanakan sejak lebih setahun lalu.

Semalam, NGO Undi18 dan parti politik MUDA berkata, mereka merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan atas penangguhan itu. FMT

Opposition MPs call for PM and law minister to resign following Undi18 ‘betrayal’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker