Warga emas ditendang wanita dalam kedai makanan


KUALA LUMPUR – Satu rakaman video pergaduhan di sebuah kedai mamak antara seorang lelaki dan wanita tular di media sosial sejak semalam

Satu laman Twitter turut memuat naik video berkenaan sehingga menjadi perhatian warganet yang terkejut dengan insiden tersebut.

Menerusi video itu, seorang lelaki warga emas dilihat terlebih dahulu menjerit ke arah wanita tersebut, sebelum ada sentuhan fizikal sehingga suasana menjadi kecoh.

Namun tidak dapat dipastikan kenapa dia menjerit kerana rakaman video itu bermula di pertengahan.

Orang ramai cuba menenangkan kedua-dua pihak sebelum mereka dapat dileraikan.

Namun, tidak lama selepas itu, datang beberapa orang lelaki seakan cuba menyerang lelaki warga emas berkenaan yang masih lagi berada di dalam kedai.

Menerusi video itu lagi, beberapa anggota keselamatan dilihat berada di lokasi kedai mamak tersebut dan meredakan keadaan daripada berlaku kekecohan lebih teruk memandangkan orang awam datang ke situ untuk makan.

Setakat ini belum ada sebarang kenyataan berkenaan pergaduhan tersebut kecuali dakwaan-dakwaan yang ditulis di media sosial tentang punca berlakunya kekecohan itu.

Rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen apabila ada yang mengecam tindakan wanita itu yang memulakan serangan fizikal ke atas lelaki berkenaan sehingga suasana menjadi lebih tegang.

Malah ada juga menyalahkan warga emas itu yang menjerit ke muka wanita tersebut seakan memulakan pergaduhan. MG

‘Boleh buka tapi pelanggan tak boleh makan di kedai’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker