Menteri-menteri kerajaan tebuk atap berlagak sombong, dakwa Mat Sabu



Sebaran :


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) berlagak sombong susulan taklimat Ahli-Ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata, pertemuan diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar itu telah diperlakukan dengan tindakan yang agak menghinakan.

“Tidak ada seorang pun pegawai pegawai Parlimen yang hadir menyambut Ketua Pembangkang.



“Bahkan, dewan yang diberikan tidak dapat menampung jumlah Ahli Parlimen yang hadir,” luahnya dalam kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata, selama tiga penggal menjadi wakil rakyat pembangkang, beliau menghormati menteri-menteri walaupun mereka adalah musuh politik.

“Tetapi sekarang saya langsung tidak tahu bagaimana untuk menghormati menteri-menteri kerajaan tebuk atap yang mengambil kerajaan secara tidak demokratik, berlagak sombong seolah-olah merekalah yang memiliki Malaysia ini,” tempelaknya.



Terdahulu, Anwar mengadakan mesyuarat bersama Ahli Parlimen pembangkang mengenai pelbagai perkara di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Anwar mengadakan mesyuarat bersama Ahli Parlimen pembangkang mengenai pelbagai perkara di Dewan Rakyat hari ini.

Kira-kira 65 daripada 88 ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hadir dalam pertemuan yang turut mendesak darurat ditamatkan dan Dewan Rakyat bersidang semula itu.



Mengulas lanjut, Mohamad berkata kedudukan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia jika di Australia bertaraf menteri.

“Semasa saya bersama Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bertemu Yang Dipertua Dewan Rakyat, layanannya agak baik dan beliau berjanji secara verbal untuk membantu pihak pembangkang mengadakan pertemuan di bangunan parlimen.

“Tetapi pada hari ini apabila Ketua Pembangkang yang mengetuai Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang hadir ke Parlimen untuk mengadakan pertemuan dan taklimat telah diperlakukan tindakan yang agak menghinakan,” ujarnya.



Mohamad menegaskan hal tersebut dibangkitkan bukan hanya kerana Anwar atau Pengerusi Pakatan Harapan tetapi berkaitan amalan proses demokrasi di negara ini.

“Beliau adalah ketua pembangkang dan yang hadir adalah Ahli-Ahli Parlimen yang perlu dihormati dalam proses demokrasi yang diamalkan selama ini,” tambahnya lagi. MD

Dah Melingkup Pun Masih Nak Berlagak


Sebaran :


One thought on “Menteri-menteri kerajaan tebuk atap berlagak sombong, dakwa Mat Sabu

  • masuk menerusi mulut keluar melalui angin kentut sudah le

    Reply

Leave a Reply