Nak hadiah sangat, rugi RM64,207


Kepala Batas: Teruja untuk menerima hadiah dari teman istimewa yang dikenali di alam maya menyebabkan seorang wanita kerugian RM64,207 akibat ditipu sindiket Parcel Scam.

Mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pegawai belian dari sebuah syarikat pengimport logistik swasta di sini berkenalan dengan seorang lelaki melalui Instagram sebelum bertukar nombor telefon.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, selepas sebulan berkenalan lelaki itu menawarkan kepada mangsa untuk menghantar hadiah sebagai tanda perkenalan.

“Mangsa tidak mengetahui kandungan hadiah terbabit dan dia menerima emel dipercayai daripada syarikat kurier luar negara menyuruhnya membuat pengesahan nama, alamat dan nombor telefon.

“Beberapa hari kemudian, mangsa menerima pula panggilan telefon daripada agen kargo menyatakan terdapat barang atas nama mangsa dan perlu melunaskan bayaran bagi proses mendapatkan barang terbabit sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM 64,207,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, ketika kejadian itu mangsa mempercayai bahawa penghantaran barang berkenaan adalah benar sebelum membuat lima kali pindahan wang ke dalam akaun diberikan agen kargo terbabit.

“Mangsa akhirnya sedar ditipu dan membuat laporan polis semalam. Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu dengan melayari laman web Jabatan Siasatan Jenayah komersil PDRM di https:/ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi menyemak akaun yang terlibat dalam sebarang kes penipuan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. HM

Lelaki Pakistan hadiah RM5 selepas liwat remaja 14 tahun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker