Lelaki Pakistan hadiah RM5 selepas liwat remaja 14 tahun — MYKMU.NET

Lelaki Pakistan hadiah RM5 selepas liwat remaja 14 tahun



Sebaran :


Kota Kinabalu: Seorang pembantu kedai warga Pakistan ditahan polis kerana dipercayai meliwat remaja lelaki berusia 14 tahun.

Suspek berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan polis jam 11.17 pagi 9 Mac lalu susulan laporan dibuat mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 10.25 pagi, 5 Mac lalu apabila mangsa dikatakan pergi ke kedai runcit tempat suspek bekerja di pekan Telipok, di sini, untuk membeli sebotol air minuman.



Katanya, ketika mangsa hendak membayar, suspek memujuk remaja itu untuk menghampirinya di bahagian kaunter premis itu.

“Suspek kemudian membuka seluar dan meliwat mangsa. Suspek kemudian memberikan minuman dan wang tunai sebanyak RM5 sebagai ganjaran kepada mangsa. Remaja terbabit yang trauma dan ketakutan bergegas pulang ke rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Habibi berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya sebelum membuat laporan polis.



“Suspek ditahan dan kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. HM


Sebaran :


Leave a Reply