“Kalau Lu Rasa Lu Lebih Hebat, Jemput Datang Jumpa Gua.. Lu Bikin Gua Panas!!!” Azhar Sulaiman Bengang

Sebaran :

Gara-gara kenyataan menyuruh anaknya, Kasih Iris Leona pergi ke klinik untuk mengecilkan payu dara, pelakon senior, Azhar Sulaiman telah pun dikritik hebat oleh netizen.

Terbaru, seorang individu menyifatkan Azhar sebagai seorang bapa yang lepas tangan selepas dia dikatakan tidak mahu bertanggungjawab ke atas isu penampilan seksi anaknya.

Jelas individu berkenaan, pangkat sebagai seorang bapa bukanlah hanya pada gelaran semata-mata tetapi hendaklah disertakan dengan rasa tanggungjawab.

“Hebat statement ayah Leona ni. Kesian klinik dekat Malaysia kena pikul tanggungjawab untuk jaga wanita-wanita seksi. Harap-harap, takde owner klinik yang diAzab kat akhirat nanti sebab tak dapat didik anak dengan betul.

“Gelaran ‘Ayah’ tu bukan datang sebab DNA sahaja, tapi ia datang bersama tanggungjawab. Kalau anak degil, bukan bermakna boleh lepas tangan dan join TikTok sama-sama.

“Kelakar pulak wujud ayah macam ni and still got a lot of people call him sporting dad,” tulisnya.

Kenyataan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati pelakon drama, Keluarga Iskandar itu sendiri.

Menurut Azhar, tidak salah untuk seseorang itu menegur mengenai kesilapan dirinya tetapi hendaklah menggunakan cara serta bahasa yang betul.

“Are you a good dad?? Siapa yang verify your performance? Anak you okay? Perjalanan kita mungkin pendek dan mungkin panjang lagi.

“Kalau nak berdakwah sekali pun lu rasa lu akan sampai syurga sebelum saya dan keluarga saya?

“Mengingati sesama insan okay tapi bahasa kena jaga brader. Lu suka ke kena sounda macam mana lu sound gua,” balasnya.

Pada masa sama, Azhar juga turut dilihat memuatnaik foto individu yang menegurnya itu di ruangan instagram miliknya.

Malah, Azhar juga mengajak individu tersebut untuk bersemuka bagi membahaskan mengenai isu tersebut.

“Kalau lu rasa lebih hebat dari gua, jemput datang jumpa gua la. Lu buat gua panas. Jangan berani dekat belakang je,” katanya lagi.

Maninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Azhar supaya banyakkan bersabar dan jangan peduli komen negatif tersebut.

Sumber: Instagram @azhar sulaiman

Kredit: MV

[VIDEO] “Samaa Siakk..” Danial Zain Lawak Solo Tiru Suara ‘Shark’, Nasihat Ringkasnya Curi Perhatian Dan Padu..


Sebaran :

Leave a Reply