Finland negara paling gembira sekali lagi

FINLAND dinamakan sebagai sebagai negara paling gembira dalam dunia buat empat tahun berturut-turut, menurut tinjauan tahunan yang ditaja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Laporan Kegembiraan Dunia itu meletakkan Denmark di tempat kedua diikuti Switzerland, Iceland dan Belanda.

Data diperolehi daripada badan penyelidik Gallup yang menemui orang ramai di 149 negara bagi menilai tahap kegembiraan mereka.



Antara faktor yang diambil kira termasuk sokongan sosial, tahap kebebasan, keluaran dalam negara kasar (KDNK) serta tahap pengambilan rasuah.

Negara yang didapati paling tidak gembira dalam dunia adalah Afghanistan diikuti Lesotho, Botswana, Rwanda dan Zimbabwe.

Beberapa negara di Asia didapati lebih gembira berbanding tahun lepas, sementara China menduduki tangga ke 94 daripada tangga ke 84 tahun lepas.

“Menariknya apabila diminta menilai kehidupan sendiri, tidak ramai yang memberikan jawapan negatif.

“Ini mungkin disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang membuatkan ramai orang menilai semula diri mereka,” kata salah seorang penulis laporan tersebut, John Helliwell dalam satu kenyataan.



Finland menduduki tempat teratas laporan tersebut mungkin kerana tahap kepercayaan sesama penduduk yang telah membantu dalam menyelamatkan nyawa ketika pandemik ini, kata penulis laporan berkenaan.

Negara Scandinavia itu dengan 5.5 juta penduduk tidak terjejas teruk dengan penularan COVID-19 seperti negara Eropah yang lain.

Menrut data Johns Hopkins University, negara itu mencacatkan kira-kira 70,000 kes positif dengan 805 kes kematian.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker