Selangor nyaris malukan ‘Champions’ di padang sendiri

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal mengekalkan momentum kemenangan selepas sekadar seri 1-1 dengan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Lebih malang buat skuad kendalian Benjamin Mora apabila Gonzalo Cabrera dan Bergson Da Silva gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama dan kedua.

Malah, gawang mereka yang kebal sebelum ini bolos buat pertama kali selepas bola gerakan yang dimulakan Oliver Buff membuka ruang buat Ifedayo Olesegun yang bijak merembat bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol, Farizal Marlias pada minit ketujuh.

Bagaimanapun jaringan itu tidak bertahan lama selepas tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-12 dan ia bermula daripada bola umpanan Bergson yang melihat Cabrera membuka ruang di sebelah sayap kiri.

Isu Shahruddin ibarat sepakan penalti CR7 terkena tiang gol: Najib

Cabrera kemudian mengumpan semula bola kepada Bergson yang sempat menyusup masuk ke dalam kotak penalti sebelum meledak rembatan kencang menewaskan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Khalid yang tergamam melihat bola menerjah jaring.

Ketika aksi berbaki empat minit babak pertama untuk ditamatkan terjahan keras Ashmawi Md Yakin terhadap Arif Aiman Mohd Hanapi di dalam kotak penalti menyaksikan pengadil, Hamdan Awang tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti.

Kesempatan tuan rumah untuk menambah jaringan menerusi sepakan penalti gagal membuahkan hasil selepas Cabrera yang mengambil sepakan itu menyepak bola tersasar daripada gawang gol dan kedudukan 1-1 kekal. Bersambung babak kedua, aksi kedua-dua pasukan tampak mengamalkan corak permainan berhati-hati dan dalam tempoh 15 minit perlawanan tiada serangan berbahaya dilancarkan sama ada skuad Harimau Selatan dan pasukan Gergasi Merah.

Namun, tuan rumah dihadiahkan sekali lagi sepakan penalti pada minit ke-78 apabila Arif Aiman menjadi mangsa dan kali ini pemain gantian Ahmad Zikri Mohd Khalili melakukan terjahan dari belakang namun malang berganda buat JDT apabila Bergson yang mengambil sepakan itu berjaya ditepis Mohd Khairul Azhan.

Konkrit hempap kereta: Kontraktor SUKE kena penalti RM180,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker