Bintang YouTube hampir hilang sebelah mata diserang ular sawa


TALLAHASSEE, Florida – Seorang bintang YouTube hampir hilang sebelah mata selepas diserang seekor ular, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Nick Bishop, 32, merekod video sambil memegang seekor ular sawa Burma yang ditemui di Taman Negara Everglades.

Ular tersebut kemudian menggigit lengan Bishop beberapa kali untuk mempertahankan diri sebelum tiba-tiba menyerang wajah Bishop lalu menggigit kening kiri lelaki itu.

“Ular ini mahu mengunyah mata saya,” jerit Bishop sambil bergelut melepaskan diri.

Meskipun darah dirakam mengalir dari bahagian atas matanya, bintang YouTube itu masih mampu bergurau dengan mengatakan dia mendapat ‘gigitan cinta’ daripada ular tersebut.

“Saya tahu ular ini akan menyerang tetapi saya tidak sangka sasarannya adalah wajah saya.

“Nasib baik ular ini hanya sempat menggigit kening sahaja dan bukan mata saya,” jelasnya.

Tambah Bishop, serangan mengejut seperti ini adalah antara punca mengapa dia jarang merakam video apabila memegang haiwan liar. – Agensi

Ular sawa ‘berehat’ atas enjin kereta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker