Budak trauma dakwa jadi pemuas nafsu suami pengasuh


Gombak: Kanak-kanak perempuan trauma selepas mendakwa menjadi mangsa pemuas nafsu suami kepada pengasuhnya di Kepong, di sini.

Difahamkan kejadian berlaku pada Januari lalu, namun terbongkar baru-baru ini selepas mangsa yang berusia tujuh tahun menceritakan insiden berkenaan kepada ibunya.

Susulan itu, ibu mangsa berusia 30 tahun membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya, Sabtu lalu untuk tindakan lanjut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



Katanya, kertas siasatan sudah dibuka namun, pihaknya belum dapat merekodkan keterangan mangsa berikutan dia dalam kuarantin disebabkan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

“Keterangan mangsa akan diambil sebaik selesai menjalani kuarantin. Buat masa ini siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen Amang Seksual Fizikal Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, siasatan juga dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii yang menggunakan apa-apa objek. HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker