[VIDEO] Pembantu rumah hilang tanpa kesan – Emma Maembong

Sebaran :

 

Kuala Lumpur: Pelakon Emma Maembong, 29, terkilan dan kecewa apabila pembantu rumahnya yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri tiba-tiba menghilangkan diri, hari ini.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkata, dia tidak sangka pembantu rumahnya itu tergamak melarikan diri dan mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka.

“Saya tidak tahu kenapa dia lari sebab kami okay, tiada masalah. Sebenarnya saya suka dengan cara kerjanya yang bagus, rajin dan baik.

“Saya sayang dia hingga anggap dia sebahagian daripada keluarga. Suami saya pun sayang sangat dia. Saya tengok dia penat, saya bawa pergi belah-belah, bagi duit, suruh dia beli apa dia nak,” katanya.

Pelakon drama Kimchi Untuk Awak itu mendapat tahu pembantu rumahnya itu mungkin termakan kata-kata seorang lelaki yang ingin berkahwin dengannya sehingga sanggup melarikan diri.

“Seorang lagi pembantu rumah saya beritahu, dia lari sebab kenal seorang lelaki di Facebook dan dia nak kahwin. Lelaki itu janji dia macam-macam.

“Bagi saya, kalau betul nak kahwin, tak apa, cakap saja elok-elok dengan saya. Silap haribulan, saya yang akan beli baju kahwin dia dan siapkan pelamin sebab saya memang sayang dia,” katanya.

Emma mengakui sangat kecewa dengan tindakan pembantu rumahnya itu yang tergamak membalas jasa baik mereka selama ini dengan cara begitu.

Terdahulu, pelakon terbabit berkongsi di mengenai insiden itu di Instagram. Dia menasihatkan ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan pembantu rumah.


Sebaran :

Leave a Reply