Jangan jadikan rakyat percaturan peribadi wakil rakyat – Ku Nan


Wakil-wakil rakyat yang dipilih perlu sayangkan negara dengan melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat yang telah memilihnya.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, wakil rakyat seharusnya membawa perubahan dan berani membela masyarakat setempat.

Sebab itu, semua warga Malaysia perlu memahami demografi rakyatnya yang berbilang kaum, berlainan agama dan memiliki cara hidup yang berbeza.

Mengaitkan situasi ini dengan langkah China yang telah meluluskan resolusi pemerintahan patriot Hong Kong yang akan memperketatkan kawalan bandar itu, Tengku Adnan yang mesra disapa Ku Nan bersetuju dengan tindakan itu.



Ini kerana resolusi menentukan kepada sesiapa yang hendak menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat di Hong Kong mestilah mempunyai sifat yang sayangkan negara dan bangsa China.

Perkara inilah yang mesti diambil dan dikaitkan dengan apa yang berlaku kepada situasi negara kita, katanya dalam hantaran di Facebook.

Tegasnya, wakil rakyat tidak sepatutnya menjadikan rakyat sebagai percaturan batu loncatan untuk kepentingan peribadi.

”Kita lihat sahaja kepada parti-parti tertentu yang kebanyakan wakil rakyatnya bukan dari kawasan yang dia wakili, lepas satu penggal berubah atau berpindah ke kawasan lain meninggalkan janji pilihan raya tidak ditunai.



”Berhijrah dari satu parlimen ke parlimen lain setiap kali pilihan raya misalnya dari Parlimen Kota Melaka ke Petaling Jaya, kemudian ke beralih ke utara di Parlimen Tanjong, berpindah ke Ipoh Timur dan selepas itu ke selatan di Gelang Patah dan Iskandar Puteri.

”Ada juga yang dari Kota Raja ke Ampang dan kemudian ke Kuala Langat tapi melompat pula menyokong pihak lain selepas pengundi memilihnya atas parti yang didukung sebelum ini,” tambahnya.

Apabila situasi ini berlaku, apakah jasa dan khidmat wakil rakyat kepada rakyat setempat.

“Kelirukan masyarakat, lakukan manipulasi dan persepsi, tuduh itu ini dalam Parlimen dan kemudian catur semula mana kawasan yang boleh dimenangi.



”Sedangkan kepedulian mesti kepada rakyat di tempat tinggal mereka, menyelami dan memahami maka barulah tahu apa yang terbaik untuk rakyat. Bukan mencipta manipulasi atas nama iltizam globalisasi tapi rakyat terpaksa jadi galang ganti mangsa politik peribadi,” menurut Ku Nan lagi.

Melihat kepada tindakan wakil rakyat yang tak matang dan gagal menghayati makna sebenar perjuangan, beliau melahirkan rasa bimbang sekiranya hak mengundi umur 18 tahun dilaksanakan.

Apatah lagi sebelum ini pengundi juga pernah memilih wakil rakyat orang muda dan menjadi menteri termuda namun malangnya gagal pula menjadi ikon yang wajar dicontohi.

Oleh itu, katanya, ketepikanlah emosi kerana amanah wakil rakyat bukan hanya menjaga rakyat tapi juga membina negara.



Janganlah mudah terikut-ikut dengan acuan luar kerana Malaysia terbina atas Perlembagaan sendiri, bukan dari negara-negara barat atau mana-mana pihak pun.

”Mahukan negara maju mestilah berteraskan rakyat yang matang dan rakyat sendiri juga mesti bijak menilai kerana kesannya bukan hanya bangsa dan negara malah agama juga jadi permainan.

”Barangkali kerana itulah, resolusi ‘pemerintahan patriot Hong Kong’ diluluskan di Parlimen dengan 2,895 melakukan pengundian dan tiada undian yang menentang kerana melalui resolusi calon yang dipilih mentadbir Hong Kong, mesti mencintai negara China dan menjunjung Perlembagaan pemerintah,” katanya. MG

Ku Nan Yang Saya Kenali: … Biarpun Pengorbanannya Terlalu Besar Untuk UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker