Ku Nan Yang Saya Kenali: … Biarpun Pengorbanannya Terlalu Besar Untuk UMNO

Terkini di My KMU !!!!---->

1. SEWAKTU Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor atau mesra dengan panggilan Ku Nan memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, saya telah dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Negeri.

2. Sebelum itu, Ku Nan telah dibawa masuk ke dalam UMNO oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad kerana kekayaannya untuk membantu UMNO.

3. Dr. Mahathir merayu kepada Ku Nan demi membantu UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan, tetapi akhirnya ternyata pengorbanan dan perjuangan Ku Nan tidak berbaloi.

4. Sebelum menyertai parti UMNO, Ku Nan adalah jutawan Melayu yang amat berpengaruh dengan aset kekayaanya dikatakan melebihi 1 Billion dan antara anak Melayu yang memiliki pesawat peribadi. Beliau dikategorikan antara yang terkaya di Malaysia.

5. Terlalu banyak jasa Ku Nan kepada UMNO. Semua orang UMNO tahu malah Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasin pun tahu jasa dan pengorbanan wang ringgit serta khidmat bakti Ku Nan khususnya dalam usaha memperkukuhkan UMNO di Wilayah Persekutuan.

6. Malah ketika UMNO begitu ‘sakit’ dan berdepan penderitaan politik akibat diperlakukan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14, Ku Nan lah menjadi tempat UMNO sandarkan harapan dan bantuan. Ketika seluruh Bahagian UMNO diseluruh negara berdepan dengan masalah kewangan, Ku Nan lah tempat mereka mengadu dan memohon bantuan.

7. Tanyalah siapa pun yang pernah berurusan dengan Ku Nan, samada atas kepentingan politik dan peribadi, tidak ada perkataan buruk untuk insan ini. Ternyata jasa dan budi Ku Nan terlalu banyak untuk dihitung.

8. Semalam (Isnin), Ku Nan dijatuhkan hukuman 1 tahun penjara dan denda RM2 juta kerana disabitkan bersalah atas pertuduhan menerima rasuah.
(Untuk rekod, Ku Nan dikatakan menerima rasuah dari kawannya sendiri yang menjadi rakan kongsi berniaga sejak zaman beliau belum bergelar ahli politik).

9. Saya terpanggil untuk meluahkan perasaan terbuka ini atas dasar seorang sahabat ketika tidak ada seorang pun pemimpin UMNO baik yang berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) ataupun Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang tampil menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Ku Nan.

10. Betullah kata orang, nak tahu kita ada ramai kawan atau tidak, tunggulah musibah menimpa kita. Dalam kes Ku Nan, saya pasti ada yang menangis bila Ku Nan dijatuhkan hukuman ini.

11. Saya langsung tidak berniat (ulang : tidak berniat) untuk mencampuri urusan mahkamah kerana sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang negara perlu kita akur, patuh dan dihormati.

12. Cuma sebagai sahabat karib yang pernah jatuh bangun bersama Ku Nan berjuang dalam parti UMNO, saya turut rasa amat sedih dan ‘ terluka’ dengan apa berlaku terhadap Ku Nan. Saya hanya mampu berdoa semoga Ku Nan terus tabah dan istiqomah.

Wassalam.

Syed Ali Alhabshee

Coretan Warga Putrajaya… Mengenali Ku Nan ‘Ketua Kampung’ Prihatin

One thought on “Ku Nan Yang Saya Kenali: … Biarpun Pengorbanannya Terlalu Besar Untuk UMNO

  • December 23, 2020 at 03:34
    Permalink

    Aduhai,bkn main jilat lagi,dgn telor² pun habis nak dikolomnya.Agak²lah kalau nak mengampu pun.Berapa byk dedak yg kau dah dpt daripadanya?Org kata kalau tidak ada²,masakan tempua bersarang rendah!
    Rasa nak termuntah aku bila dgr puji2an kau kpdnya.Sdgkan semua org dah tahu siapa dia sikatak ni yg sebenar²nya.Tak payahlah kau nak kelentong org lain dgn propaganda kau tu semata² sbb dia kayaraya byk duit & sbb dia selalu belanja kau.Tak taulah berapa byk yg dia dah hulur kat kau.Tapi jelas & nyata kisah yg kau nukilkan ni sebenarnya ada tujuan disebaliknya.Kau nak ckp dia org baik kononnya,selepas mahkamah dah jatuhkan hukuman terhadapnya atas kesalahan rasuah.Kenapa kau tak tulis sekali ttg Boss kau,ttg Mat Lan,ttg Bung,ttg Zahid? Tulislah pula puji²an & sanjungan setinggi langit ttg mereka tu semua,ttg kezaliman pihak2 yg tlh membuka segala pekong dan tembelang mereka selama ini yg kononnya adalah Fitnah semata2.Kalau nak jadi penulis jadilah penulis yg jujur,ikhlas dan telus tanpa sbrg prejudis atau semata² sbb nak mengampu,hingga hilang prinsip hidup sebab nak memperjuangkan para perasuah,para koruptor yg mengumpul kekayaan peribadi hasil dari mengkhianati amanah rakyat!Semoga kau insaf dan kembali kejalan yg benar!Aaamiiin.

    Reply

Leave a Reply