Sewa heli tabur wang

Untuk menyambut majlis perkahwinan ahli keluarga dengan penuh gaya, empat beradik lelaki di Pakistan sanggup menyewa helikopter untuk menaburkan wang dari udara.

Majlis itu menjadi perbualan penduduk bukan saja di Punjab, malah menarik perhatian media arus perdana di negara itu, lapor Gulf News.

Difahamkan, keluarga Rana tinggal di Itali sejak 20 tahun lalu dan menjalankan perniagaan di sana.

Minggu lalu, abang Rana kembali ke Pakistan untuk menghadiri majlis perkahwinan adiknya itu.

Dalam usaha untuk menjadikannya majlis itu sebagai acara dikenang seumur hidup, mereka menyewa helikopter dengan harga 1.8 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM47,160).

Ia bertujuan untuk menaburkan bunga ros dari udara ketika acara perarakan pengantin.

Namun, apa yang paling mengejutkan tetamu turut ‘dihujani’ wang kertas bernilai 2 juta Rupee Pakistan (kira-kira RM52,400).

Wang itu dalam bentuk mata wang asing termasuk euro ditaburkan di sepanjang laluan dilalui rombongan pengantin lelaki.

Ia dari rumah lelaki berkenaan sehingga ke dewan yang menjadi lokasi majlis perkahwinan.

Rakaman video yang tular menunjukkan majlis perkahwinan itu meriah dengan kehadiran tetamu.

Kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar di lokasi majlis perkahwinan itu.

Tidak lama kemudian kawasan itu dihujani dengan wang yang ‘ditabur’ seseorang dari helikopter berkenaan.

Mat Pakistan ‘kantoi’ tengah projek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker