Saya mohon maaf – Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memohon maaf kepada mereka yang kecewa dengan persembahan pada Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam tadi.

Jelas Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali berkata, dia sudah memberikan yang terbaik dan berharap dapat berkongsi yang disampaikan.

 

“Saya rasa sudah cuba berikan yang terbaik dan saya sangat berharap kalian dapat emosi yang saya cuba sampaikan pada kalian semua.

“Mungkin saya ada kecewakan beberapa pihak di luar sana. Saya minta maaf tetapi saya memang cuba berikan yang terbaik untuk persembahkan lagu tersebut sebaik mungkin.

“Apa pun alhamdulillah dan terima kasih kepada Hael Husaini dan MFMF kerana Peluang Kedua berjaya sampai ke final. Ia sudah pun jadi saya pencapaian yang besar untuk saya dan kami semua,” katanya.

 

Malam tadi, masih tidak berpihak kepada Nabila pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu apabila dia ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu tersebut.

Walaupun bermula agak baik pada awal persembahan namun semuanya berlaku pada bahagian ‘verse’.

Sejurus itu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya menjadi tular di media sosial.

 

Sementara itu, Nabila, 28, turut melahirkan rasa syukur kerana berjaya membuat persembahan di AJL walaupun apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.

Malah dia gembira dengan apa yang dipersembahanlan menerusi lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.

“Walaupun tak seperti yang saya rancangkan, tapi alhamdulillah selesai dan saya gembira dengan apa jua yang saya persembahkan pada malam ini (semalam),” katanya. – MG

AJL35: Tiada lagi peluang ketiga buat Nabila – Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker