Kartunis Lat terima gelaran Seniman Diraja

Seniman Diraja Mohd Nor Khalid atau Lat akan terus membantu mempromosikan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum negara ini terutama di negeri kelahirannya, Perak melalui karya yang dipamerkan di Galeri Rumah Lat, Batu Gajah.

Lat yang ditemui selepas dikurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja di Istana Iskandariah di sini hari ini berkata beliau berbangga dapat meneruskan idea membuka galeri berkenaan demi mempamerkan karyanya yang memaparkan kemajmukan masyarakat Malaysia.

“Perak salah satu tempat yang kita boleh cuba jadikan tarikan pengunjung. Jadi saya mempamerkan lukisan komik saya (di Galeri Rumah Lat) saya syukur kerana sambutan sangat baik. Jadi memang itu saya bangga dapat berbakti untuk Perak sebab saya berasal dari sini, juga sebenarnya berbakti untuk negara,” katanya.

Terdahulu Sultan Perak Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Watikah Gelaran Seniman Diraja pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-67 hari ini.

Pada 8 Julai lepas, ketika berangkat merasmikan Galeri Rumah Lat, Sultan Nazrin berkenan menganugerahkan Lat gelaran Seniman Diraja bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar oleh seniman agung itu dalam memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negara.

Sementara itu, Lat berkata kurniaan gelaran Seniman Diraja itu adalah simbol rapatnya hubungan istana dengan kegiatan kesenian rakyat negara ini sekali gus menghargai insan seni sepertinya.

“Bukan hanya melalui komik, semua cabang seni seperti muzik, filem dan lakonan pentas juga banyak yang memaparkan kepelbagaian budaya, jadi semua ini juga mendapat penghargaan istana, kita amat hargai,” katanya.

Dalam pada itu, Lat mengajak pengunjung yang ke Galeri Rumah Lat agar berkunjung ke galeri berkenaan dan setakat ini masuk ke sana masih percuma.

Katanya, kemasukan ke galeri tersebut masih belum dikenakan bayaran kemungkinan sehingga hujung tahun ini.

“Saya ingat sampai hujung tahun masih percuma, jika dikenakan pun saya percaya ia (tiket) tidaklah mahal,” katanya.

Galeri Rumah Lat di Silverlake Batu Gajah dibuka secara rasmi pada 8 Julai lepas kepada pengunjung secara percuma setakat ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris

‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’

Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker