Debaran Kian Terasa! Jangan Lupa Saksikan Final AJL35 Malam Ini Di TV3

Debaran kemuncak final Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) kini semakin dirasai. Final AJL35 akan bersiaran langsung pada pukul 9 malam ini dari Auditorium MBSA, Shah Alam di TV3. Anugerah Juara Lagu 35 juga akan berlangsung tanpa penonton bagi mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Debaran AJL35 kian terasa

Malam kemuncak final Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2021 telah ditunda ke tarikh baharu iaitu pada hari Ahad, 14 Mac 2021.

Persaingan hebat membabitkan finalis pada malam kemuncak pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) akan disiarkan secara langsung menerusi TV3. Selain itu, peminat boleh menonton secara global live streaming di internet melalui saluran rasmi Youtube TV3 Malaysia bermula jam 9 malam.

AJL35 kali ini juga sekali lagi menampilkan Sherry Al-Hadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari selaku pengacara di pentas utama. Sebelum ini, mereka bertiga telahpun bergandingan sebagai pengacara di pentas AJL34 yang lepas dan kombinasi mereka bertiga mendapat sambutan yang baik daripada penonton.

Selain itu, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar Lounge AJL35 bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada 14 Mac ini pukul 8.30 malam di TV9.

12 buah lagu bakal berentap

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu. Anugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Senarai finalis dan lagu Anugerah Juara Lagu AJL 35;

  1. Belenggu Rindu – Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah (Hael Husaini & Ezra Kong)
  2. 7 Nasihat – Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta (Shiha Zikir, Kmy Kmo & Luca Sicta)
  3. Hati – Hael Husaini (Hael Husaini & Ezra Kong)
  4. Semalam – Aina Abdul (Aina Abdul)
  5. Peluang Kedua – Nabila Razali (Hael Husaini & MFMF)
  6. Hutang – Floor 88 (Zai Hamzah & Achoi Floor 88)
  7. Kau Sakiti – Amir Masdi (Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong, Romeo & Mage)
  8. Gundah – Ernie Zakri (Sharon Paul & Ernie Zakri)
  9. Gila – Kaka Azraaf, Noki & Tuju (Noki, Loca B, Ezra Kong)
  10. Jangan Khianati Aku – Azlan & The Typewriter (Dark)
  11. Eh – Zizi Kirana (Navigator & Zizi Kirana)
  12. Aku Bidadari Syurga – Aishah (Ippo Hafiz & Siti Rosmizah)

AJL35 kali ini juga menampilkan penaja utama, McDonald’s Malaysia, selain disokong Celcom Xpax, Sabella dan Shell selaku rakan penaja. Ini termasuklah rakan pemasaran seperti stesen radio, Hot FM dan Kool FM, OHBULAN! dan xtra.com.my.

Untuk maklumat lanjut, para penonton boleh layari www.anugerahjuaralagu.com serta laman media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia dan Senang Terhibur. Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker