Takkan gadai maruah negara demi wang dan ugutan untuk sokong PN

DAP tidak akan menggadaikan maruah negara demi wang dan ugutan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng.

Berucap kepada para perwakilan di Konvensyen DAP Perak pagi ini, Ahli Parlimen Bagan itu menyentuh mengenai tindakan beberapa ahli parlimen pembangkang  melompat parti untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Terbaru semalam, Naib Presiden PKR yang juga ahli parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti untuk menyokong kepimpinan Muhyiddin.

Dalam ucapannya Lim mengakui tidak mudah bagi ahli-ahli parlimen DAP menerima tekanan sedemikian.

“Baru-baru ini kita lihat banyak berita ahli parlimen PKR yang lompat.

KWSP i-Sinar: Jangan sampai gadai maruah

“Saya baca kenyataan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin (Nasution Ismail ) semalam, (ahli parlimen) Kuala Langat ditekan untuk melompat dan sokong PM kerana tak boleh tahan disasarkan dan diugut SPRM.

“Ahli parlimen PKR Sivarasa (Rasiah) juga menyatakan Xavier ditekan selepas disiasat secara berpilih oleh SPRM.

“Saya tahu itu bukan mudah untuk 42 ahli parlimen yang dipilih pada 2018 dan masih bersama parti DAP. Bukan mudah untuk menghadapi tekanan sedemikian tak kira apa-apa bentuk.

“Tetapi menjelang kita meraikan ulang tahun ke-55 penubuhan parti DAP, saya ingin menyatakan bahawa kami semua, ahli-ahli, wakil-wakil dan pemimpin akar umbi parti DAP, kita berpegang teguh ke atas prinsip idealisme dan pegangan bahawa kita berjiwa rakyat.

“Kita takkan gadai maruah negara demi wang dan ugutan,” katanya.

Takkan kerajaan pusat tak boleh bagi bantuan RM1 billion kepada Sabah, tanya Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker