Kaki kanan terpaksa dipotong pada Hari Raya ketiga

Kaki kanan terpaksa dipotong pada Hari Raya ketiga

Kuala Terengganu: Sambutan Aidilfitri bagi seorang suri rumah bertukar pilu apabila kaki kanannya terpaksa dipotong pada Hari Raya ketiga.

Nor Hasida Abd Hamid, 41, dari Kampung Felda Keruak, Besut berkata, dia menderita sakit kencing manis sejak dua tahun lalu namun kaki kanannya itu terpaksa dipotong ketika sedang menyambut Aidilfitri.

“Raya pada tahun ini paling sedih, maklumlah kaki kanan saya dipotong kerana kencing manis.

“Saya menderita sakit pada bahagian kaki kanan sejak awal Ramadan lalu sebelum ia tidak berfungsi dan terpaksa dipotong. Sebelum ini saya mengambil upah membuat kuih tetapi sekarang sudah tidak mampu lagi berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, kaki kanannya itu dipotong hingga ke pangkal betis.

“Kaki saya sudah dijangkiti kuman hingga ke lutut, berkemungkinan perlu dipotong lagi hingga ke pangkal peha dalam tempoh terdekat,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 21 tahun hasil perkongsian hidup dengan suami, Mohamad Kamaruddin Mat Resat, 48.

Katanya, suami dan anak sulong, Mohamad Harris Ikhwan, 21, berkerja sendiri dengan pendapatan yang tidak menentu manakala anak kedua, Mohamad Harris Iqbal, 18, menjaga saya yang terlantar sakit sementara anak bongsu, Puteri Arriesya Alya, 10, masih bersekolah.

Nor Hasida yang kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, sejak diserang penyakit itu dia tidak mampu menguruskan keluarganya.

“Saya perlukan tandas yang lebih sesuai di rumah selepas menjalani pembedahan. Tandas cangkung sedia ada tidak sesuai dan sulit digunakan, saya perlukan tandas duduk. Harap ada pihak yang tampil membantu,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 1100541000122971 atas nama Mohamad Harris Ikhwan. HM

Kaki kanan terpaksa dipotong pada Hari Raya ketiga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker