Rosol kata UMNO jangan kacau kerusi Bersatu? Cerminlah muka dahulu

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berjanji akan membantu UMNO untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), asalkan parti itu tidak meletakkan calon-calonnya di kawasan yang ditandingi Bersatu.

Dengan cara berkenaan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid berkata, pertembungan tiga penjuru tidak akan berlaku, malah sokongan Melayu tidak berpecah, sekali gus kemenangan akan berpihak kepada Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita terima apa sahaja yang baik kerana pada peringkat awal lagi memang kita tak mahu berpecah.

“Formulanya senang sahaja, UMNO jangan letak calon di kawasan yang kita bertan­ding, contohnya di kerusi Pagoh, Larut dan Hulu Terengganu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

UMNO difahamkan hanya akan memuktamadkan pengagihan kerusi dengan Pas dalam MN untuk menghadapi PRU-15 dan menerusi persetujuan tersebut, terserah kepada Pas pula untuk memperuntukkan kerusi miliknya kepada Bersatu.

PH akui MN beri cabaran di Selangor

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad yang ditemui Utusan Malaysia menyatakan, pertembungan tiga penjuru pada PRU-15 antara Bersatu, UMNO dan Pas mungkin tidak akan berlaku.

Beliau turut mengesahkan kerjasama MN dengan Bersatu telah dibincangkan dalam mesyuarat MN malam kelmarin selepas mengambil kira pe­ngukuhan Melayu dan Islam.

Dalam pada itu, Rosol dalam masa sama turut menjelaskan beliau setakat ini akan terus mempertahankan kerusi Hulu Terengganu yang disandang.

“Ya, setakat ini saya akan bertanding di situ dan Bersatu akan pertahankannya yang ia adalah hak Bersatu. Bagaimanapun, perkara itu boleh dibincang kembali, tak ada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin turut mengingatkan UMNO dan Bersatu supaya tidak mendabik dada atau gusar dengan saingan antara kedua-dua parti itu pada PRU nanti.

Katanya, UMNO dan Bersatu perlu menggunakan kekuatan masing-masing demi kepen­tingan Melayu dan Islam, sekali gus tidak memberi ruang kepada pihak lain untuk meme­rintah negara.

Pas sertai PN: Janji tiada pertandingan 3 penjuru – Tok Mat

“Tidak juga perlu berasa bimbang atau rasa disaingi oleh parti yang kecil. Kerana demi agama, bangsa dan negara ini, Pas telah membuktikan kesediaan dan kesetiaannya memeterai ikatan bersama.

“Pas juga tidak pernah memperkecilkan mana-mana saudara politiknya. Ada pun jika Pas dilihat besar, itu adalah perakuan dan pengiktirafan.

“Namun, Pas sama sekali tidak pernah mendabik dada mahupun berlagak untuk bersendirian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Khairul Nizam: “Tiada abang besar. Tiada parti kecil atau besar. Semua memahami kepentingan bersama.

“Rakyat negara ini memerlukan pengukuhan penyatuan dan perpaduan ummah se­perti diterajui MN dan PN demi menjamin kelangsungan ke­pimpinan Islam.

“Sekiranya tidak, kita akan kembali diperintah oleh kalangan yang beragenda lebih bahaya dari penjajah,” katanya. – UTUSAN

Annuar Musa rela dipecat asal dapat pertahan ‘muafakat’ dalam kerajaan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker