Xavier Jayakumar umum letak jawatan Naib Presiden PKR, keluar parti

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat umum letak jawatan dan keluar PKR berkuatkuasa serta-merta sebentar tadi.

Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan rasa kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.

“Ketika ini, terdapat parti politik yang berbincang mengenai kemungkinan pilihan raya umum sedangkan ia tidak perlu dan tidak boleh dilaksanakan waktu ini.



“Keutamaan kita sekarang sepatutnya ialah, menyokong kerajaan menangani pandemik COVID-19, mencipta peluang pekerjaan dan mendapatkan dana bagi membina semula ekonomi.

“Sekurang-kurangnya perlukan masa 18 bulan untuk program vaksinasi selesai dan lebih dari dua tahun untuk ekonomi pulih,” katanya.

“Rakyat mahu kestabilan dan memulakan semula sektor ekonomi kita yang sedang sakit. Jadi kita perlu bekerjasama dan bukan melawan antara satu sama lain.

“Justeru itu, saya mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai Naib Presiden dan Ahli PKR.

“Saya akan terus berkhidmat bagi kawasan saya dan menyokong usaha kerajaan sebagai Ahli Parlimen bebas. Saya yakin saya akan dapat tunaikan janji saya kepada rakyat Kuala Langat.”



Menurutnya, beliau akan menyokong kerajaan sebagai ahli Parlimen bebas.

AKAN MENYUSUL

Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar nafi Thinagaran pembantunya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker