Polis tahan bekas pekerja curi wang majikan bayar hutang along, berjudi


Polis menahan seorang bekas pekerja kilang perabot, di Jalan Rumbia 69, Taman Daya, petang semalam, selepas dipercayai memecah peti simpanan dan mencuri wang majikannnya di kilang terbabit di Taman Tan Sri Yaakob, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berumur 59 tahun itu ditahan pada 2.30 petang, iaitu tidak sampai 24 jam selepas kejadian, apabila polis bertindak atas laporan majikan yang merupakan pemilik kilang terbabit.

“Dalam laporannya, pemilik kilang yang merupakan seorang lelaki berumur 50 tahun itu mengadu menyedari kehilangan wang tersebut daripada peti simpanannya yang didapati sudah dipecahkan, pada kira-kira 6.30 petang, Rabu.

“Didapati hanya duit syiling sahaja yang berada di dalam peti simpanan terbabit manakala wang kertas bercampur-campur dianggarkan sebanyak RM200,000 sudah hilang disyaki dicuri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dzulkhairi berkata, hasil siasatan terhadap suspek, dia mengaku mencuri wang sebanyak RM35,000 daripada peti simpanan berkenaan dan RM25,000 daripadanya digunakan untuk membayar hutang along manakala bakinya untuk berjudi.

Beliau berkata, polis turut merampas satu telefon bimbit dan wang tunai RM650 daripadanya.

Katanya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas daripada pengaruh dadah itu, kini direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. FMT

Rumah teres jadi markas judi diserbu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker