Rumah teres jadi markas judi diserbu

BUKIT MERTAJAM – Keseronokan sekumpulan individu melepaskan gian berjudi terbantut selepas pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Taman Impian Murni di sini awal pagi tadi.

Serbuan jam 1 pagi yang diketuai Asisten Superintendan Johari Yahya itu membawa kepada tangkapan 21 individu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kesemua suspek yang terdiri daripada 16 lelaki dan lima perempuan itu berusia lingkungan 21 hingga 41 tahun.

“Hasil pemeriksaan kita menemui set daun terup yang dipercayai digunakan bagi tujuan berjudi.

“Selain itu, kita juga merampas wang tunai berjumlah RM32,213 di mana RM2,900 di atas meja judi manakala bakinya wang pemain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Shafee, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan dan setiap seorang dikenakan kompaun RM1,000 kerana mengingkari peraturan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Runah Judi Terbuka 1953, Seksyen 4 (1) akta yang sama,” ujar beliau. – MG

Judi online: Belajar dari pakcik sejak usia 14 tahun, tak pernah ditangkap polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker