Jarum empat inci tertusuk pada jantung budak perempuan

BEUNOS AIRES: Dua batang jarum besar yang satu daripadanya sepanjang empat inci atau 10.16 sentimeter ditemukan tertusuk pada jantung seorang kanak-kanak perempuan Maia Vallejos berusia tiga tahun di Argentina.

Lapor Daily Mail, pakar forensik menemukan jarum tersebut ketika melakukan bedah siasat selepas Maia Vallejos meninggal dunia di hospital akibat jangkitan kuman yang menjejaskan organ dalamannya dan menyebabkan serangan jantung.

Jarum itu dipercayai dicucuk oleh ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut dan kedua-duanya sudah ditahan atas dakwaan membunuh.

Polis memaklumkan Ibu bapa Maia melakukan perbuatan tersebut kerana mengamalkan ilmu hitam.

Gumpalan Cacing Sepanjang 36 Sentimeter Dalam Perut

Menurut pakar forensik, jarum sepanjang 10.16 sentimeter yang biasanya digunakan untuk menjahit bola sepak, dikesan tertusuk pada jantung kanak-kanak itu.

Satu lagi jarum yang dipercayai sudah lama diletakkan dalam badan kanak-kanak itu menjejaskan menjejaskan paru-parunya sehingga menyebabkan jangkitan kuman kronik.

Maklumat bedah siasat yang mengerikan itu didedahkan ketika pihak berkuasa di wilayah Chaco, utara Argentina menyiasat mengenai segala kemungkinan termasuk amalan ilmu hitam.

Ibu Maia yang berusia 20 tahun dan bapa tirinya, 19, pada mulanya cuba melarikan diri kerana takut dihukum mati namun berjaya ditangkap polis.

KKM jawab teori konspirasi Jarum ‘Picagari’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker