Tabung Haji tukar peneraju?


Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dikatakan akan meninggalkan Lembaga Tabung Haji selepas hampir dua tahun tahun memimpin institusi tersebut.

Khabar angin ini bertiup kencang sejak kebelakangan ini.

Nik Mohd Hasyudeen, 56, dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada 1 September 2019 selepas Datuk Zukri Samat menamatkan kontraknya lebih awal.

Kontrak Nik Mohd Hasyudeen di Tabung Haji sehingga 31 Ogos ini.

Beliau meneruskan pelan pemulihan TH yang dimulakan oleh Zukri dan proses itu berjalan lancar.

Katanya, perubahan peneraju dalam TH akan dilakukan tidak lama lagi memandangkan organisasi itu kini berada pada landasaan baik.

Malah, individu pengganti sudah berada ‘dalam senarai’, dipilih atas dasar keyakinan mampu mengukuhkan proses tadbir urus serta pengurusan telus bagi menjaga kepentingan pendeposit, sekali gus membawa kecemerlangan TH.

Individu itu dikatakan sedang menerajui salah satu institusi pelaburan milik kerajaan.

Baru-baru ini, Nik Mohd Hasyudeen melaporkan kedudukan kewangan TH kekal stabil dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM3.68 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 manakala jumlah aset sebanyak RM81.85 bilion dan jumlah liabiliti RM78.17 bilion.

TH akan terus menyasarkan agihan keuntungan yang lebih stabil pada masa hadapan selaras dengan matlamat penubuhannya untuk mengurus wang umat Islam bagi mengerjakan ibadah haji.

TH telah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2020. Agihan untuk tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Katanya, TH telah merekodkan prestasi kewangan belum diaudit pada 2020 yang lebih baik berbanding tahun 2019, dengan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.23 bilion, meningkat sebanyak 22 peratus atau RM397 juta berbanding tahun lalu.

Menurut beliau, prestasi keseluruhan pendapatan TH bagi tahun kewangan 2020 disokong oleh beberapa aktiviti pelaburan TH dalam aset pendapatan tetap yang telah menjana pendapatan sebanyak RM1.90 bilion manakala pelaburan saham sebanyak RM430 juta, pelaburan hartanah sebanyak RM352 juta, dan instrumen pasaran wang Islam menyumbang sebanyak RM318 juta,” katanya.

Untuk tahun ini, TH menjangkakan operasi persekitaran yang lebih mencabar dengan pelabur terus mencari pulangan yang tinggi walaupun ekonomi masih lemah. MG

Apa Yang Berlaku Kepada Tabung Haji?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker