Google peringati pencipta pelitup muka asal Malaysia



Sebaran :


Google telah memberi penghormatan kepada ahli epidemiologi kelahiran Malaysia yang mencipta pelitup muka sekali gus menyelamatkan nyawa pada musim pandemik ini, lapor China Morning Post, semalam.

Pada Rabu lalu, Google Doodle memperingati Dr. Wu Lien-teh dengan memaparkan lukisan imejnya di halaman utama enjin carian mereka.

Tarikh 10 Mac 2021 juga merupakan ulang tahun ke-142 kelahiran mendiang.



“Pakai pelitup muka. Selamatkan nyawa,” tulis Google Doodle.

Menurut biografi di laman web Google, anak kelahiran Pulau Pinang itu mencipta topeng pembedahan yang dianggap pelopor topeng N95 sebagai tindak balas terhadap wabak Manchuria yang merebak di barat laut China pada 1910.

Ketika itu, kerajaan China melantik beliau untuk menyiasat mengenai penyakit tersebut dan ia berjangkit di antara manusia melalui pernafasan.



Berikutan itu, beliau telah menghasilkan topeng pembedahan khas dengan kapas, dan kain kasa serta menambah beberapa lapisan kain untuk menapis udara.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka tersebut bagi mengelak daripada terkena jangkitan.

Pakar bedah yang juga penerima Hadian Nobel dalam bidang fisiologi itu turut bekerjasama dengan pemerintah China untuk menubuhkan stesen dan hospital kuarantin di negara itu. – Agensi




Sebaran :


Leave a Reply