Ahli Parlimen Mas Gading nafi lompat parti

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimbol mendedahkan peruntukan kawasan merupakan punca segelintir wakil rakyat pembangkang melompat parti dan kemudian menyokong blok kerajaan.

Tegasnya, setiap wakil rakyat mempunyai alasan tersendiri sama ada untuk melompat atau kekal dalam parti diwakili ketika pilihan raya umum lalu termasuk membabitkan isu peruntukan kawasan parlimen masing-masing.

Katanya, dari dulu hinggalah sekarang, hanya wakil rakyat kerajaan sahaja menerima peruntukan sedangkan tidak kepada wakil pembangkang.

“Maka itulah salah satu modal yang digunakan untuk memancing wakil-wakil rakyat dari blok pembangkang. Ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian.

“Wujudnya kerajaan pintu belakang hari ini adalah kesan daripada sikap segelintir pihak pentingkan diri dan tamakkan jawatan sehingga lupa nasib rakyat. Contohnya di Mas Gading, rakyat kawasan ini menjadi mangsa adegan lompat parti. Lain pihak yang buat hal, lain kawasan yang kena tanggung.

“Dengan sekelip mata, Mas Gading menjadi kawasan ahli Parlimen pembangkang dan serta-merta peruntukan bagi kawasan ini ditarik balik. Kenapa tidak ditarik balik elaun wakil rakyat yang melompat?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PPBM lucut keahlian ahli Parlimen Seri Gading

Dalam pada itu, Mordi menafikan akan melompat parti disertainya iaitu DAP dan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Tegas beliau, khabar angin itu tidak benar dan masih teguh sebagai wakil rakyat DAP serta Pakatan Harapan (PH) serta akan terus bersuara dan berkhidmat untuk rakyat yang saya wakili terutamanya di Mas Gading.

“Baru-baru ini, ramai yang telah dikejutkan dengan khabar angin bahawa saya bakal melompat untuk memberi sokongan kepada kerajaan. Saya tegaskan di sini, itu tidak benar. Saya masih teguh sebagai wakil rakyat DAP serta PH.

“Masalah kesihatan sedikit mengganggu prestasi saya tapi bukan prinsip saya. Saya terlibat dalam politik bukan atas dasar minat, tapi tanggungjawab dan yang menghantar saya ke Parlimen adalah rakyat Mas Gading,” katanya.

Beliau menambah, meskipun mengharungi lautan politik Malaysia yang bergelora namun tidak pernah sedikit pun melunturkan semangat perjuangan bersama DAP.

“Walau sekuat mana sekalipun dipukul ombak kecaman, ditiup ribut tuduhan, kapal DAP tetap teguh menyusur lautan kebenaran. Pengalaman ini membuatkan saya bertambah yakin dengan kapal yang saya naiki selama ini.

“Walaupun tidak mewah, tetapi dikemudikan dengan jujur, adil, dan amanah. Bersama 41 orang ahli Parlimen DAP yang lain, kami akan terus kuat berpegang pada prinsip perjuangan parti dan mempertahankan mandat yang telah diberikan oleh rakyat,” katanya

Pemangku Raja Pahang lepas saham syarikat bina tapak lupus sisa Lynas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker