Apa Yang Berlaku Kepada Tabung Haji?

AppleMark
oleh Ab Jalil Backer

Saya percaya sesiapa sahaja yang waras akan bersetuju bahawa jika ada penyelewengan dalam institusi berkaitan Islam maka tindakan tegas harus diambil.

Jangan kata Tabung Haji, tabung masjid sekali pun harus diurus dengan jujur dan amanah. Namun tindakan harus dibuat mencerminkan keadilan sebenar bukannya sekadar alat permusuhan politik antara parti Bersatu dan UMNO.

Tabung Haji (TH) adalah antara institusi orang Islam yang terbesar di negara ini. Jika siasatan mendapati ada keperluan pendakwaan maka buatlah pendakwaan.

Namun jika anda baca laporan-laporan mengenai TH sehari dua ini ia bukanlah sesuatu telah konklusif sebagai penyelewengan wang.

Pendedahan sensasi seperti laporan mengenai Yayasan Tabung Haji digunakan sebagai alat politik adalah sesuatu yang sangat melucukan dan bertujuan mengelirukan orang ramai.

Faktanya apa? Adakah ada penerima bantuan Yayasan TH dari kalangan orang kaya? Adakah kepada kalangan ahli parti politik tertentu sahaja? Jika bantuan sampai kepada mereka yang layak tanpa diskriminasi politik ia bukanlah masalah walaupun programnya diadakan bersama parti politik mana pun.

Terbaru kerajaan menggunakan media memetik sumber dalam melaporkan kononnya wang TH tidak sama dengan jumlah wang pendeposit.

Saya tidak pasti ia benar atau tidak. Namun jika benar sekalipun ia bukan bermakna penyelewengan.

Pendeposit TH ada dua kategori. Satu kumpulan menyimpan bagi tujuan membiayai kos menunaikan Haji. Satu kumpulan lagi menyimpan bagi tujuan pelaburan islamik.

Kedua-dua kumpulan ini memberi hak kepada TH menyimpan dan melabur wang mereka. Jika TH tidak boleh melabur langsung wang pendeposit, bagaiman hendak bayar dividen dan juga mensubsidi kos mengerjakan Haji?

Menggunakan media memberi maklumat yang bertujuan membina persepsi buruk masyarakat terhadap TH adalah satu kerja jahat manusia yang berpolitik.

Kerja-kerja memburukkan TH adalah bertujuan menimbulkan kebencian dan kemarahan orang Melayu dan Islam kepada UMNO.

Jika anda lihat ucapan Tun Mahathir sejak menjadi Perdana Menteri ke-7, naratifnya ialah UMNO perlu dibubarkan kerana sudah terlalu korup, jijik dan dibenci rakyat.

Beliau mahu UMNO dibenci rakyat dan dibubarkan bagi memperkuatkan Bersatu yang akan menobatkan anaknya sebagai Presiden dalam pemilihan akan datang.

Menyerang institusi seperti TH adalah sebahagian agenda memenuhi naratif Mahathir.

Selebihnya Kerajaan nyata bimbang dengan Himpunan Bantah ICERD terpaksa mencari jalan mengalih fokus orang Melayu dan Islam. Dengan memainkan sentimen emosi mengenai TH, mereka berharap ramai orang Islam menjauhi perhimpunan sabtu ini.

Masalah kejatuhan komoditi juga akan menyebabkan dividen TH tahun ini akan berkurangan. Lalu kerajaan perlu menyediakan alasan sebelum pengumuman nanti.

Demikian politik di Malaysia, ia boleh membantu meningkat syiar Islam, ia juga boleh memburukkan imej Islam. Semuanya terletak kepada niat dan nafsu manusia yang menjadi pemimpin.

Related Articles

One Comment

  1. Marilah kita bersama-sama menanti hasil siasatan. Yang bersalah wajib diadili.
    Jangan pula hanya heboh dan gebang kosong dimedia sosial sahaja…menghasut kebencian sedangkan kesalahan belum dibuktikan dengan fakta.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker