Bapa bunuh dua anak autisme dipenjara 212 tahun


Seorang lelaki dari California dijatuhi hukuman penjara 212 tahun selepas didapati bersalah kerana membunuh dua anak lelakinya.

Menurut laporan Dailymail, suspek telah membunuh anaknya dengan terjun ke dalam pelabuhan menggunakan kereta yang dinaiki mereka pada 9 April 2015.

Difahamkan, suspek berbuat demikan untuk menuntut insurans nyawa anak-anaknya.

Ali Elmezayen, 45, memandu kereta bersama bekas isterinya, Raba Diab dan dua anak lelakinya yang juga kanak-kanak autisme ke sebuah pelabuhan di San Pedro.

Mangsa Abdelkarim Elmezayen, 8, dan Elhassan, 13, telah lemas di tempat duduk belakang kereta manakala bekas isterinya sempat diselamatkan oleh seorang nelayan.

Selepas kejadian, suspek telah melarikan diri melalui tingkap sebelah pemandu dan berenang ke tangga pelabuhan.

Sehubungan itu, suspek telah berjaya mengumpulkan lebih RM1.06 juta untuk polisi insurans daripada dua syarikat berikutan kematian anak-anaknya.

Menurut pihak berkuasa, suspek telah memindahkan sebahagian besar wang itu ke Mesir dan kira-kira RM328,600 telah dirampas dari akaunnya di Amerika Syarikat (AS).

Suspek telah dihukum pada Oktober 2019 atas tuduhan penipuan, pencurian identiti dan pengubahan wang haram.

Selain itu, pendakwa raya berkata, suspek juga telah didapati bersalah kerana mengugut dan memukul bekas isterinya.

Hakim Daerah AS, John Walter menjatuhkan hukuman penjara selama 212 tahun dan menyifatkan tindakan tertuduh sebagai jenayah kejahatan dan keji. MG

Panik anak autisme agresif, pemandu wanita rempuh tanda SJR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker