Kompaun RM10,000 kesalahan PKP kuat kuasa hari ini



Sebaran :

KUALA LUMPUR: Kompaun RM10,000 ke atas individu yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) berulang kali serta mereka yang mencetuskan penyebaran Covid-19 berkuat kuasa mulai hari ini.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, keputusan kerajaan menaikkan kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000 itu bukan bagi semua kesalahan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Kenaikan nilai kompaun itu susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 berkuat kuasa hari ini.



Nilai kompaun RM10,000 berkuatkuasa hari ini, bagaimanapun jumlah sebenar yang dikenakan kepada pelaku kesalahan akan ditentukan oleh pegawai diberi kuasa, bukan polis.

 


Sebaran :


Leave a Reply