Isu buku teks sejarah: Dewan Negara akan panggil KPM, ketua Pemuda Umno

KUALA LUMPUR: Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara akan memanggil beberapa pihak bagi memberi penjelasan berhubung isu kandungan buku teks sejarah Tingkatan 4 yang didakwa terdapat fakta yang dimanipulasikan.

Pengerusinya, Senator Razali Idris berkata antara yang akan dipanggil ialah Kementerian Pendidikan (KPM), dua bekas menteri pendidikan dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang membangkitkan isu berkenaan sebelum ini serta beberapa pakar dalam bidang sejarah Malaysia.

Kata beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat secara maya bersama ahli jawatankuasa kaukus minggu lepas dan surat rasmi akan dikeluarkan kepada KPM terlebih dahulu untuk hadir pada sesi pendengaran mesyuarat kaukus dalam tempoh terdekat ini.



Buku Teks Tingkatan 4: Fitnah orang Melayu Sebagai Barua dan Agungkan Komunis – Dr. Asyraf Wajidi

“Hal sedemikian sangat serius kerana polemik ini pastinya memberi kesan dan membabitkan golongan pelajar, guru, pengurusan sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta sistem pendidikan negara secara keseluruhannya.

“Soal yang membabitkan pendidikan termasuk fakta sejarah perlu dilihat secara ilmiah dan intelektual, fakta yang benar dan tepat, tetapi bukanlah terarah dari sudut mainan politik semata-mata,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.



Antara lain, buku teks yang diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM pada 24 April 2018 itu didakwa mengandungi unsur-unsur mengagungkan komunis dalam perjuangan negara mencapai kemerdekaan.

Saya tak sebut nama Maszlee – Asyraf



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker