Hannah Delisha mengaku Perkahwinan Tanpa Restu

Ramai tidak tahu cerita sebenar perkahwinan  Hannah Delisha dengan suaminya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib.

Belum pun cukup sebulan dari tarikh itu, timbul pula kisah yang mengatakan perkahwinan mereka tidak mendapat restu keluarga.

Melalui hantaran instagram pada 10 march Hannah Delisha menjawab secara ringkas tentang persoalan yang sedang diperkatakan ramai dengan memuat naik satu hantaran.



Hannah memulakan kata dengan ucapan maaf kerana persoalan yang sedang berbangkit mengenai dirinya kini.

Katanya, beliau juga mempunyai banyak masalah peribadi yang tidak sepatutnya tersebar kepada umum.

Beliau turut menceritakan tujuan asalnya bergiat dalam dunia seni adalah untuk menghiburkan peminat dengan hasil kerjanya dan bukan dengan isu peribadi.



Hannah juga ingin meneruskan pendiriannya untuk tidak terlalu terbuka dengan hal peribadi.

Sementara itu, beliau memohon maaf atas berita yang kurang bagus tentang dirinya dan keluarganya yang telah tersebar.

Hannah mengharapkan doa daripada semua dan inginkan ruang untuk menguruskan hal peribadi ketika dirinya sedang diuji kini.



Semoga yang baik-baik untuk Hannah Delisha, sama-sama kita doakan supaya urusan beliau dipermudahkan.

Sumber: Instagram Hannah Delisha

[VIDEO] Disebalik ‘Baby Face’ – Ramai Terkejut Suami Hannah Delisha ‘Sado’ Orangnya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker