[VIDEO] “I Want Justice..Thats All”.. Mangsa Pukul Geng Youtuber Isarb Akhirnya Buka Mulut Insiden Sebenar

Pada minggu lalu, tular di media sosial apabila didakwa kumpulan daripada YouTuber terkenal membawa 25 ahli membelasah seorang individu di sebuah pusat futsal di Subang disebabkan rasa tidak berpuas hati. Difahamkan, insiden tersebut telah menyebabkan mangsa, Rahimie cedera parah khusus pada bahagian muka serta kes tersebut telah menjadi kes polis.

Pelbagai spekulasi telah muncul, lalu Isa Isarb selaku ketua mewakili Isarb Clan serta rakan kepada Isarb Hafiz tampil menjelaskan keadaan sebenar di Instagram miliknya. Menurut Isa, pihaknya salah memukul orang dan menyangka Rahimie adalah orang yang memukul Hafiz. Malah, Isa turut telah membayar wang perubatan kepada Rahimie.

Terbaharu, Caprice telah memuat naik sebuah video temu bualnya bersama mangsa, Rahimie di Instagram miliknya. Menceritakan kembali keadaan kejadian pada malam insiden tersebut, Rahimie menegaskan tiada aksi pukul memukul ketika perlawanan futsal berlangsung dan hanya ada sedikit pertengkaran secara lisan disebabkan rasa tidak puas hati.

VIDEO DIBAWAH:-

Malah, Rahimie yang bertindak sebagai orang tengah untuk meleraikan pertengkaran telah meminta pihak kumpulan futsalnya dan kumpulan Isarb Hafiz untuk berdamai dalam padang. Selepas itu, kumpulan Isarb Hafiz telah pulang terlebih dahulu dan kemudian Hafiz kembali bersama 25 ahli kumpulan Isarb memukul dirinya.

Rahimie turut menyangkal dakwaan ramai bahawa Hafiz dipukul ketika perlawanan dan menegaskan hanya berlaku pertengkaran secara lisan. Tambahnya, beliau hanya mahukan keadilan untuk dirinya dan kes ini sudah dalam siasatan pihak polis-TheVocket

Netizen Berspekulasi Sebut Isarb Shah Youtuber Yang Ditahan Polis Kerana Mencabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker