[VIDEO] AZHAR SULAIMAN – BUAT LAPORAN POLIS
“Pening kepala mami, tak pasal nama jadi panas pula sebab Leona, tapi takpala. Begini la semua, setiap dari kita ini ada anak dan setiap anak-anak kita ada masalah. Jadi mami ada masalah sendiri. Kalau anak awak itu juruh, pakai tudung, ikut cakap awak, Alhamdulillah. Kami sebagai ibu bapa pun nak anak-anak macam awak juga.
“Tapi anak pun manusia juga, ada kepalanya tak nak ikut. Nak buat macam mana,” kata pelakon Azhar Sulaiman yang telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas kecaman melampau yang diberi netizen berhubung anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang berpakaian agak seksi.
Pelakon filem ‘Mira Edora’ ini juga turut meluahkan rasa kesal apabila dituduh tidak pandai menjaga anak serta gagal memberi didikan yang baik untuk anak perempuannya itu.
Sering menggelarkan dirinya sebagai ‘mami’, Azhar dilihat telah memuat naik foto serta video yang memaparkan dia sedang berada di balai polis dan usai membuat laporan mengenai kes terbabit.
Menurutnya lagi, setiap anak-anak mempunyai perangai serta ‘kepala’ yang berbeza, jadi agak sukar untuk menyamakan dengan anak orang lain.
Terdahulu, Leona mendedahkan bahawa dia sering menerima mesej kecaman kerana sering berkongsi pemakaian yang seksi terutamanya di aplikasi TikTok.
Selain Leona, Azhar turut mempunyai dua orang anak lagi hasil perkongsian hidup bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan Andika Rees Pahamin, 19, yang merupakan kembar kepada Leona.
ANAK GADIS DIKECAM LAGI GARA-GARA PAKAIAN SEKSI – INI RESPON AZHAR SULAIMAN
You must be logged in to post a comment.