4 ditahan disyaki edar dadah RM3.4j

KUALA LUMPUR: Sambil menyelam minum air, aktiviti sampingan seorang pemandu teksi terbongkar apabila dia antara empat lelaki yang diberkas polis pada Rabu lepas kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah bernilai RM3.4 juta.

Dadah disyaki untuk pasaran tempatan dan boleh dibekalkan kepada 80,129 penagih itu terdiri daripada bahan asas heroin seberat 31.2kg, ketamin seberat 10.13kg, syabu 2.5kg, pil ekstasi 930g dan 400 biji pil erimin 5 seberat 100g .

Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata ketika pemandu teksi itu ditahan, polis turut menjumpai sebahagian dadah di dalam but teksi.

“Kesemua suspek warga tempatan berusia 34 hingga 58 tahun dan ditahan di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Saiful Azly berkata salah seorang daripada suspek itu ditahan di sebuah pusat beli-belah di sekitar Kepong dan hasil soal siasat telah membawa kepada serbuan di sebuah rumah serta kondominium di ibu kota.

Rakyat dikompaun, ‘Kes Annuar rujuk AG?

“Kami mengepung kedua-dua premis berkenaan dan menjumpai pelbagai jenis dadah yang disimpan,” kata Saiful Azly dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Saiful Azly berkata polis turut menjumpai sepucuk pistol dan 23 butir peluru 9mm di kondominium berkenaan serta merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios bernilai RM35,000 dan wang tunai RM11,782.

Mengulas modus operandi sindiket yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lepas itu dan cara mereka memperoleh bekalan dadah, Saiful Azly berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

Menurutnya hasil ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah manakala dua lagi negatif dan kesemua suspek mempunyai rekod jenayah termasuk dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek direman tujuh hari sehingga Rabu.

Wan Saiful: Dr M berkeras tolak Anwar sebagai PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker