Lelaki 78 tahun maut ditikam dalam pergaduhan di inap desa

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas ditemui maut dipercayai ditikam dalam pergaduhan di sebuah inap desa di Jalan Pinang, Taman Kota, dekat Kulai, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.55 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa yang berusia 78 tahun itu dalam keadaan terbaring dengan beberapa kesan kecederaan.

“Pemeriksaan awal pada tubuh si mati mendapati terdapat kecederaan akibat ditikam di bahagian perut.

10 termasuk penjawat awam ditahan leka berparti liar

“Hasil siasatan dipercayai seorang lelaki (suspek) telah mengamuk dan bertindak menikam mangsa menggunakan sebilah pisau. Punca kejadian masih disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tok berkata, suspek yang berusia 35 tahun berjaya ditahan di kaki lima berdekatan kawasan kejadian, kira-kira 20 minit selepas kejadian dilaporkan dan polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa.

“Polis turut mengambil rakaman litar tertutup di inap desa berkenaan bagi membantu siasatan. Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah dan dia juga dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 14 Mac dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bapa mengaku tak salah 2 tuduhan cabul anak

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker