Keluarga terkejut, sedih kejadian tragis wanita mati dijerut



Sebaran :

“Saya terkejut mendapat berita dia sudah meninggal dunia,” kata sepupu kepada wanita yang ditemukan mati dengan kesan jerut di leher di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang, hari ini.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, dia sebelum ini dia hanya bertemu Nik Khatijah Nik Mud, 32, di dalam majlis perkahwinan saudara mara.

Katanya, sepanjang mengenali sepupunya itu, arwah adalah seorang yang baik.

Menurutnya, kemungkinan besar jenazah akan di bawa pulang ke kampung halaman di Besut, Terengganu untuk urusan pengebumian selepas selesai bedah siasat.



“Saya minta semua doakan yang baik-baik untuk arwah dan keluarga. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu adik mangsa, Nik Nurul Akhmal Nik Mud berkata, buat masa ini dia dan keluarganya belum bersedia memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

“Maaf saya tak menerima sebarang pertanyaan buat masa sekarang,” katanya.



Terdahulu petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu ditemukan mati dengan kesan jerutan di leher di dalam rumah itu selepas polis menerima panggilan MERS 999 jam 9 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, hasil pemeriksaan awal pada mayat terdapat kesan jerut di leher dan dipercayai meninggal dunia kira-kira daripada 24 jam sebelum ditemukan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Mangsa juga adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.


Sebaran :


Leave a Reply