Retorik “Perpaduan Ummah” Hanya Talian Hayat Parti ‘Penghisap Darah’ Untuk Kekal Kuasa
Slogan politik paling penipu dan auta abad ini adalah “perpaduan ummah” yang digembar gemburkan sekarang oleh politaikus parti bunga dan macai-macainya.
‘Perpaduan ummah’ tu sebenarnya adalah talian hayat untuk parti bunga sambung kuasa untuk PRU 15. Itu sahaja.
Parti bunga ni, mereka tak ada kekuatan ahli bawahan seperti umno atau pas. Tak ada machinery. Jadi dia perlu bergantung kepada parti lain untuk lakukan perkara tersebut. Menempel. Menghisap darah seperti lintah.
Untuk itu, parti tersebut memainkan propaganda bahawa ketiga-tiga parti bunga, keris dan bulan kena bersatu kononnya untuk ‘perpaduan ummah’.
Bila parti bunga sedar diri dia tak ada kekuatan?
Ketika tahun terakhir parti bunga dalam PH, mereka kalah teruk dengan BN di beberapa pilihanraya kecil. Untuk rekod, seringkali PRK di negara kita dimenangi oleh parti yang memerintah.
Tamparan paling teruk adalah parti tersebut kalah pada MCA di PRK Tanjung Piai. Letak calon yang dicanang sebagai imam pun boleh kalah dengan parti MCA bro. Di kerusi majoriti melayu pula tu.
Maknanya jatidiri dan modal ‘melayu-islam’ yang cuba dibawa oleh parti tersebut dalam PH telah ditolak pengundi.
BN dan MN Mengatasi PN & PH Dalam Undian Terbuka Yang Dibuat Oleh Utusan Malaysia
Sebab itu pengerusi parti Bunga, atuk sangat sedar perkara ini. Jika dibiarkan PH akan kalah teruk pada PRU15. Atuk menggelabah. Abah menggelabah. Jadi apa yang atuk buat adalah cuba keluarkan parti Bunga dari PH dan tubuhkan penjajaran baru untuk pisahkan parti Bunga dari PH yang telah ditolak pengundi.
Sebab itulah atuk letak jawatan. Pada masa yang sama atuk juga menutup peluang Bang Non jadi PM. Sebab hanya dengan cara itulah kerajaan PH runtuh. Ia dirancang sedemikian rupa. Supaya parti bunga kekal berkuasa.
Tetapi di pertengahan jalan, atuk pula disailang (atau sesetengah berpendapat ia juga adalah rancangan atuk) abah, jemin dan kuncu-kuncunya sehingga menyebabkan parti bunga kini menerajui kerajaan baharu yang dinamakan Perikatan Nasional. Atuk akhirnya seperti hidup segan mati tidak mahu dengan parti pejuang petai yang sehingga kini pun belum diluluskan ROS.
Kembali semula kepada cerita awal tadi, perpaduan ummah. Sekiranya pada PRU 15 kelak, Parti bunga (aka PN) lawan dengan BN dan PH dalam tiga penjuru, peluang untuk parti bunga menang juga tidaklah secerah mentari pagi. Apatah lagi di kerusi tradisi yang dimenangi umno, tetapi ahli parlimennya telah melompat masuk ke parti bunga.
Menyedari ketakutan yang sangat jelas itu, maka terpaksalah mereka menambat hati dengan slogan ‘perpaduan ummah’. Supaya tiada tiga penjuru. Supaya mereka menang. Supaya parti Bulan atau Keris jadi machinery untuk mereka. Menghisap selagi boleh. Lintahkan begitu, menghisap darah sahaja.
Jadi kalau ada macai-macai parti bunga sembang ‘perpaduan ummah’ korang gelakkan sahaja. Tanya mereka kalau jadi pengipas ‘perpaduan ummah’, boleh dapat pangkat datuk tak? ðŸ¤
Maklumat Mesyuarat Bocor, Azmin Dilantik Sebagai TPM, Hamzah nafikan
You must be logged in to post a comment.