Gopal Sri Ram Mahu Heret Presiden PAS ke Mahkamah

PETALING JAYA: Seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan mahu prosiding menghina mahkamah dimulakan terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana memfitnah panel hakim berhubung keputusan bahawa enakmen syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai kesalahan jenayah bercanggah dengan perlembagaan.

Gopal Sri Ram berkata, jelas daripada kenyataan Hadi itu bahawa beliau tidak membaca penghakiman Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

“Dengan penuh hormat, saya berpendapat, kenyataan beliau bersifat menghina mahkamah dan juga Perlembagaan Persekutuan. Serangan itu menunjukkan bahawa beliau sama sekali tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” kata Sri Ram kepada FMT.



Beliau merujuk kepada kenyataan Hadi di Facebook dua hari lepas sebagai respons terhadap keputusan panel sembilan hakim pada 25 Feb.

Tengku Maimun berkata, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 bercanggah dengan perlembagaan kerana badan perundangan negeri tidak mempunyai kelayakan untuk meluluskan undang-undang tersebut kerana ia sudah ada dalam Senarai Persekutuan.

Dakwaan Berkomplot Bersama Mahathir Jatuhkan PM7, Gopal Sri Ram Memilih Untuk Membisu



Hakim tertinggi yang mengetuai panel Sembilan hakimitu berkata, kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen.

Pada 21 Ogos 2019, ketua pendakwa syarie Selangor mengemukakan tuduhan di bawah Seksyen 28 enakmen tersebut terhadap seorang lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Lelaki tersebut, yang identitinya dirahsiakan atas permintaan peguam, didkwa cuba mengadakan hubungan seks luar tabii dengan lelaki lain di sebuah rumah di Selangor pada 9 Nov 2018.

Dia meminta dibicarakan dan prosiding tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan bantahan perlembagaannya di Mahkamah Presekutuan.



Sri Ram berkata, pihak yang mempunyai kepentingan dalam hal itu harus segera memulakan prosiding komital terhadap Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang dan duta khas kerajaan ke Timur Tengah.

“Jika Malaysiakini disabitkan kesalahan menghina mahkamah, maka situasi Hadi tidaklah lebih baik, malah mungkin lebih buruk.

Apandi Mahu Dedah Banyak Lagi Komplot Mahathir & Gopal Sri Ram Ke Atas Najib



“Tidak boleh ada pendekatan dwistandard dalam isu serangan terhadap tonggak utama kerajaan,” kata beliau.

Mkini Dotcom Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan Malaysiakini, didenda RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan setelah didapati bersalah memfitnah badan kehakiman melalui siaran komen pembaca tahun lalu.

Peguam Negara mengemukakan tuduhan terhadap portal berita tersebut dan ketua pengarangnya, Steven Gan, yang kemudiannya didapati tidak bersalah.

Sri Ram dilantik dengan niat untuk semata-mata dakwa, sabit Najib, kata Shafee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker