Ahli Parlimen DAP fitnah MCA, tak berani tunjuk bukti

Kenyataan media Pengerusi Biro Perundangan MCA, Datuk Tay Puay Chuan

Ahli Parlimen DAP fitnah MCA, tak berani tunjuk bukti

 



Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini membenarkan rayuan Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng dan membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh MCA terhadapnya, merupakan satu penanda aras penghakiman yang bakal membawa impak besar kepada kes-kes seumpama ini pada masa depan.

Alasan penghakiman ialah, MCA sebagai parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu. Walau bagaimanapun, MCA tetap menghormati penghakiman tersebut.

Penghakiman kes ini bakal memberi gambaran bahawa sesiapa sahaja boleh memfitnah mana-mana parti politik tanpa sebarang bukti, dan tidak perlu berdepan dengan risiko dikenakan saman fitnah. Keadaan ini sudah tentu akan membawa cabaran besar kepada parti-parti politik di Malaysia.

Dalam keadaan parti politik tidak boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu, maka kami menyeru supaya orang ramai menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menilai dan menapis segala tohmahan terhadap mana-mana parti politik, agar tidak terkeliru dengan kenyataan-kenyataan yang tidak berlandaskan fakta.



Kredibiliti Lip Eng dari DAP kini dipersoalkan apabila beliau tidak berani mengambil tanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Kalau sudah begitu lantang menuduh kononnya “MCA mendapat wang derma tetapi tidak pernah menyalurkan kepada SJKC”, kenapa pula tidak berani membuktikan kenyataannya itu di mahkamah? Sebaliknya memilih untuk merayu mahkamah membatalkan saman terhadapnya?

Berani memfitnah tetapi tidak berani tunjukkan bukti di mahkamah. Ini menunjukkan Lip Eng sendiri telah membuat pengakuan bahawa dakwaannya terhadap MCA ketika itu semuanya tidak benar dan fitnah semata-mata.

-MCA online-

AGM Pemuda MCA ke 56 – Teks ucapan Ketua Pemuda MCA, Datuk Nicole Wong



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker