Al-Fatihah: Mangsa Bunuh Leher DiJerut disahkan Pengurus Jabatan Advokasi Ikram

Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui dalam keadaan leher dijerut di Taman Bangi, hari ini, ialah Nik Khatijah Nik Mud.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan perkara itu menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro sebentar tadi.

Terdahulu dalam satu kenyataan media, polis memaklumkan mayat warga tempatan dijumpai dalam keadaan lehernya dijerut di sebuah rumah di Taman Bangi.

Ia hasil maklumat seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai mayat dipercayai seorang wanita warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an.

Sementara itu, Pertubuhan Ikram Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang juga Pengurus Jabatan Advokasi badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Hari ini Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menerima berita duka pemergian seorang kakitangannya, Almarhumah Nik Khatijah Nik Mud yang meninggal dunia di rumahnya.

“Takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah, warga kerja Ibu Pejabat Ikram dan ahli-ahli Ikram Kajang, semoga dikurniakan kesabaran dan ketabahan atas pemergian ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Allahyarhamah, 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

“Allahyarhamah seorang yang amat komited dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Dengan segala khidmat baktinya untuk dakwah melalui Ikram, moga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan dosa-dosanya dan digolongkan dalam kalangan mukminin, amilin dan solihin serta dikurniakan syurga-Nya, amin,” katanya dalam kenyataan itu.-HM

Rogol pengantin baharu, perogol tak mengaku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker