PRU15: MCA kekal bersama BN, pastikan kemenangan – Wee Ka Siong

MCA hari ini menzahirkan pendirian parti untuk kekal bersama-sama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang menegaskan perkara itu pada perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-67 berkata, sejak penubuhannya MCA telah melalui pelbagai rintangan dan cabaran dalam perjuangan dan menghadapi waktu susah senang dan pahit manis bersama-sama (BN).

“Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipraktikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.

“Oleh itu, pada PRU15 datang, MCA akan terus bersama-sama dengan BN, untuk memastikan BN memperoleh kemenangan.

“Jika melihat adanya keperluan, kita juga akan bersama parti-parti lain untuk membina kekuatan dalam membawa semangat kepelbagaian dan kesederhanaan demi memelihara negara,” katanya di sini.

Perhimpunan berkenaan diadakan secara hibrid, susulan pandemik COVID-19 menggabungkan kehadiran 95 perwakilan secara fizikal di ibu pejabat MCA di sini, manakala selebihnya 1,125 perwakilan mengambil bahagian secara maya.

Tak semua Cina rasis macam ‘parti di sana’ kata Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker